KOMUNIKASI




Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Ia merupakan salah satu disiplin akademik. Komunikasi dapat didefinisikan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain. Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.
Komunikasi mempunyai 2 tahap iaitu tahap skunder dan primer.
i) Proses Komunikasi secara primer
Komunikasi ini adalah secara terus tanpa menggunakan perantara. Komunikasi ini dilihat lebih infektif berbanding komunikasi skunder. Dalam komunikasi terdapat 2 jenis kata-kata atau ayat yang digunakan iairu denotative dan konotatif.
ii) Proses Komunikasi Secara Sekunder
Komunikasi jenis ini menggunakan perantara sebagai medium dalam proses komunikasi. Dengan perkembangan dunia sekarang, penggunaan komunikasi jenis ini lebih meluas dan penggunaannya semakin mendapat perhatian oleh masyarakat. Contoh komunikasi jenis ini ialah penggunaan telefon dalam komunikasi, surat, radio, tv dll alat-alat teknologi lain yang perperanan dalam menghubungan manusia sesama manusia.

0 comments: