Untuk sahabat….

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya.

Andai kau ingin bersahabat yang satu janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkain akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat ceriannya kerana andai dia tak pandai menceriakan kau, kau akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersabat..terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat dan manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Bersahabatlah kerana Allah…

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

ni la hasil poster aku n amin..xtau la mcm mn..mntak2 la xde yg komen yg buruk2 tntng poster ni..xde idea la nak bt cntik2

Salam kemerdekaan

Kepada semua rakyat malaysia, saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. semoga kemerdekaan yang kita sambut ini membawa seribu makna kepada semua...hargailah kemerdekaan ini sebaik mungkin.semoga ianya kekal sampai bila-bila..ingatlah semua, kemerdekaan yang kite kecapi sekarang ini bukan mudah hendak perolehi..kita sebagai pewaris kemerdekaan haruslah menghargainya dan menjaganya dengan sebaik mungkin..InsyaAllah..

PUASA

da 3hari puasa brlalu...3hr gak la cuaca pns gler..bkn nak mngadu tp dgn cuaca bgini tercabar rs puasa ni heheheheh...dugaan 2 smua..diharap smua kwn2 dapat menempuhi puasa dgn pnuh keimanan dan kesabaran..
SELAMAT BERPUASA...
JGN X PUASA LAK K

Apa dah jadi laaaaaaaaa..

Aku tngok rmai yang senyum je time jwb kuiz td..nape ek...sng sgt ke????
bagus2 la dak2 linguistik ni. bahasa spanyol pun dia org ok je. muka slamber je jwb kuiz. klau bahasa melayu mst lagi slamber ni.kot2 ada yang ketawa smbil bt kuiz...

"buat 2, pndai2 la nak hidup. jngn bagi saya nmpak sudah" ( kata2 lecture tadi)..
pe yg di mksudkn 2 ek. hahahahaahaaa....mst ada yg x kena ni...

first presentation

huhuhuhu...banyak kene comment td. memang sudah lumrahnya, setiap yg presentation kena comment. tapi tak pe, nanti aku buat yang lebih baik. tajuk pun kena ubah sikit ni. kena cari kosa ilmu lebih banyak sikit baru la senang nak buat kerja

BAHASA MELAYU MENJAMIN SURVIVAL BUDAYA BANGSA ( Prof Abdullah Hassan)

Bahasa adalah alat pengucapan dalam budaya kita. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangan dunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat satu contoh yang nyata. Apabila Regim Israel kembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew. Tujuannya adalah bagi mengembalikan jati diri orang Israel. Setiap kanak-kanak diajarkan bahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel itu, jati dirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Dengan mengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsa yang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa Kebangsaan Regim Israel.

Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglah maruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari ini usaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsa Hawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jati dirinya sangat kukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkan jati diri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaian sehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya. Tetapi jati dirinya kekal.
Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilangan ciri jati dirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya. Sekarang mereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasa Hebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya. Pada bahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM (7-9 November 1995), Che Mazlan Saad, daripada JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, Moral Dan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalan agama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perlu diambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islam sudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akan membawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melalui bahasanya sendiri.
Kemerdekaan sistem politik sesuatu bangsa juga terletak pada bahasanya sendiri. Bahasa asing akan membelenggu sistem politik sesuatu bangsa kepada bahasanya. Negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris akan meminjam kosep-konsep dan proses-proses politik bangsa Inggeris. Itulah juga yang berlaku kepada sistem kehakimannya. “Parliament” tidaklah sama dengan “Diet” di Jepun atau “Knesset” di Israel. Bahasa masing-masing akan menentukan konsep masing-masing. Oleh sebab itu kemerdekaan sistem politik, dan amalannya, bergantung kepada bahasa masing-masing. Pada bahasa itulah terletaknya maruah bangsa itu. Bahasa Melayu juga menjamin survival sistem politik Malaysia, dan maruah bangsa Malaysia.