Untuk sahabat….

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya.

Andai kau ingin bersahabat yang satu janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkain akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat ceriannya kerana andai dia tak pandai menceriakan kau, kau akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersabat..terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat dan manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Bersahabatlah kerana Allah…

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

ni la hasil poster aku n amin..xtau la mcm mn..mntak2 la xde yg komen yg buruk2 tntng poster ni..xde idea la nak bt cntik2

Salam kemerdekaan

Kepada semua rakyat malaysia, saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. semoga kemerdekaan yang kita sambut ini membawa seribu makna kepada semua...hargailah kemerdekaan ini sebaik mungkin.semoga ianya kekal sampai bila-bila..ingatlah semua, kemerdekaan yang kite kecapi sekarang ini bukan mudah hendak perolehi..kita sebagai pewaris kemerdekaan haruslah menghargainya dan menjaganya dengan sebaik mungkin..InsyaAllah..

PUASA

da 3hari puasa brlalu...3hr gak la cuaca pns gler..bkn nak mngadu tp dgn cuaca bgini tercabar rs puasa ni heheheheh...dugaan 2 smua..diharap smua kwn2 dapat menempuhi puasa dgn pnuh keimanan dan kesabaran..
SELAMAT BERPUASA...
JGN X PUASA LAK K

Apa dah jadi laaaaaaaaa..

Aku tngok rmai yang senyum je time jwb kuiz td..nape ek...sng sgt ke????
bagus2 la dak2 linguistik ni. bahasa spanyol pun dia org ok je. muka slamber je jwb kuiz. klau bahasa melayu mst lagi slamber ni.kot2 ada yang ketawa smbil bt kuiz...

"buat 2, pndai2 la nak hidup. jngn bagi saya nmpak sudah" ( kata2 lecture tadi)..
pe yg di mksudkn 2 ek. hahahahaahaaa....mst ada yg x kena ni...

first presentation

huhuhuhu...banyak kene comment td. memang sudah lumrahnya, setiap yg presentation kena comment. tapi tak pe, nanti aku buat yang lebih baik. tajuk pun kena ubah sikit ni. kena cari kosa ilmu lebih banyak sikit baru la senang nak buat kerja

BAHASA MELAYU MENJAMIN SURVIVAL BUDAYA BANGSA ( Prof Abdullah Hassan)

Bahasa adalah alat pengucapan dalam budaya kita. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangan dunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat satu contoh yang nyata. Apabila Regim Israel kembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew. Tujuannya adalah bagi mengembalikan jati diri orang Israel. Setiap kanak-kanak diajarkan bahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel itu, jati dirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Dengan mengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsa yang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa Kebangsaan Regim Israel.

Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglah maruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari ini usaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsa Hawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jati dirinya sangat kukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkan jati diri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaian sehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya. Tetapi jati dirinya kekal.
Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilangan ciri jati dirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya. Sekarang mereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasa Hebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya. Pada bahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM (7-9 November 1995), Che Mazlan Saad, daripada JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, Moral Dan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalan agama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perlu diambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islam sudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akan membawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melalui bahasanya sendiri.
Kemerdekaan sistem politik sesuatu bangsa juga terletak pada bahasanya sendiri. Bahasa asing akan membelenggu sistem politik sesuatu bangsa kepada bahasanya. Negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris akan meminjam kosep-konsep dan proses-proses politik bangsa Inggeris. Itulah juga yang berlaku kepada sistem kehakimannya. “Parliament” tidaklah sama dengan “Diet” di Jepun atau “Knesset” di Israel. Bahasa masing-masing akan menentukan konsep masing-masing. Oleh sebab itu kemerdekaan sistem politik, dan amalannya, bergantung kepada bahasa masing-masing. Pada bahasa itulah terletaknya maruah bangsa itu. Bahasa Melayu juga menjamin survival sistem politik Malaysia, dan maruah bangsa Malaysia.

BAHASA MELAYU TIDAK BOLEH MAJUKAN BANGSA?

Sekarang ini masyarakat ramai yang bertanya akan kewibawaan bahasa melayu. Mereka kerap kali bertanya adakah bahasa Melayu perlu menjadi sebagai bahasa pendidikan, bahasa ilmu dan bahasa pembangunan atau bahasa kemajuan negara sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Rentetan itu, saya menegaskan disini bahawa bahasa Melayu selayaknya diutamakan. Walaupun begitu subjek Bahasa Inggeris tidak pula dikesampingkan dan boleh dilaksana dan diperkasakan melalui kaedah yang lebih baik dan tersusun agar penguasaan pelajar dalam subjek tersebut lebih berkesan dan maju.
Persepsi, pengetahuan dan sikap yang salah dalam melaksanakan dasar bahasa yang ada itu sehingga akhirnya, mulai tahun 2003 kerajaan membuat keputusan mengubah dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah dan di IPTA, berbalik kepada bahasa Inggeris seperti pada zaman sebelum kemerdekaan tanpa sebab yang munasabah adalah keputusan yang tidak rasional yang dibuat berdasarkan kepercayaan karut bahawa bahasa Melayu tidak boleh memajukan bangsa Melayu atau negara. Tanggapan mereka, bangsa Melayu tidak akan maju jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Ironisnya, hanya orang Melayu yang sanggup berkata demikian.
Masyarakat umumnya tidak menolak penggunaan bahasa Inggeris dalam penggunaan harian apatah lagi yang bersangkut paut dengan dasar PPSMI tetapi mereka melihat bahawa bahasa Melayu adalah jati diri yang dapat mengangkasakan tamadun bangsa. Lantaran itulah, kita mesti yakin bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang paling berkesan untuk digunakan dalam mengajar subjek Matematik dan Sains serta menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan keputusan yang dicapai untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan cara terbaik bagi sesebuah bangsa mendalami ilmu pengetahuan.
Jika rakyat pelbagai bangsa baik Melayu, Cina mahupun India, NGO dan organisasi kebanyakkan menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains, maka siapakah sebenarnya yang beria-ria mempertahankan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains?
Majoriti penduduk negara ini menolak penggunaan bahasa Inggeris bagi Matematik dan Sains kerana daripada kajian saintifik menunjukkan pembelajaran melalui bahasa ibunda lebih memberi kefahaman dan keberkesanan kepada pelajar. Ini adalah penemuan UNESCO yang membuat kajian yang dibiayai oleh Bank Dunia pada 1997.
Kesedaran mestilah berpasak kukuh bahawa Matematik dan Sains hendaklah diajar dalam bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda. Namun, semua yang menuntut baik daripada institusi, kongres, persidangan, NGO dan orang perseorangan tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia.
Peningkatan bahasa Inggeris hendaklah dilakukan menurut pendekatan yang relevan dan sesuai dalam pengajaran bahasa tersebut. Pengajian dalam Matematik dan Sains bersifat teknikal dan tidak banyak membantu meningkatkan bahasa Inggeris. Itulah hakikat yang sering kita nafikan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu berwibawa dalam bidang keilmuan. Kejayaan penggunaannya terbukti di pengajian tinggi sejak hampir 40 tahun lepas. Penukaran pengajian Matematik dan Sains daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi akan memandulkan bahasa tersebut dan hanya menjadi bahasa kelas bawahan.
Malaysia semestinya mempunyai tradisi, nilai, budaya dan jati diri sendiri yang digahkan, termasuk mempunyai bahasa dan dasar pelajaran yang tersendiri.
Malaysia tidak seharusnya bersifat duplikasi dan carbon copy kepada negara tertentu. Kita perlu mempunyai jati diri dan identiti tersendiri dan mampu bersaing dalam pentas globalisasi.
Masyarakat sebenarnya mahukan subjek Matematik dan Sains kembali diajarkan dalam bahasa Melayu. Tidak ada cacatnya penggunaan bahasa tersebut dalam bidang keilmuan selama ini.
Bahasa Melayu terbukti mampu menjadi bahasa ilmu tetapi biarlah bahasa Inggeris dipertingkatkan dan pendekatan yang relevan perlu dibuat.
Mereka yang berkeras mahu menggunakan bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains sebenarnya daripada kalangan orang dalam yang boleh disifatkan sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
Rakyat berhak mendaulatkan bahasanya sendiri sebagai bahasa ilmu yang menjadi jati diri dan kemegahan mereka.
Pada akhirnya, saya secara peribadi ingin mengajak masyarakat dan pimpinan negara melihat isu ini secara ilmiah dan keluar dari kepompong dan ruang lingkup politik kepartian yang kadangkala dilihat terlalu beremosi.
Malah isu ini perlu dilihat dari sudut dan skop yang lebih luas, neraca pertimbangan yang berat dan perspektif yang menyeluruh.
Sayangilah bahasa Melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi?

(Di edit daripada sumber Utusan Malaysia)

ADAKAH BAHASA MELAYU MENGALAMI KERACUNAN ATAU DIRANCUNI??

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.
Dalam usaha memperkukuhkan bahasa Melayu di Malaysia, ada pula bintik-bintik hitam yang mengeruhkan keadaan. Penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul dikalangan masyarakat kian menjadi-jadi. Ianya seolah-olah menjadi kemestian dalam proses komunikasi sekarang ini. Penggunaan bahasa Melayu secara tidak betul bukan sahaja berlaku dalam komunikasi tidak formal namun sekarang ni, dalam komunikasi formal juga telah berlaku.
Bagi pandangan peribadi saya, kemelut ini berlaku disebabkan kehendak masyarakat itu sendiri. Demi menunjukkan standard yang lebih tinggi, masyarakat rela meracuni bahasa sendiri. Dengan penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi, masyarakat melihat iannya sesuatu yang membanggakan. Contohnya penggunaan bahasa Melayu + Inggeris. Masyarakat sekarang gemar menonjolkan penggunaan secara rojak antara bahasa Melayu + Inggeris bagi memperlihatkan tahap pendidikan seseorang. Bagi masyarakat sekarang, sesiapa yang yang tidak tahu berbahasa seperti ini akan dianggap tidak berpendidikan. Mereka yang tidak berpendidikan tinggi sahaja yang tidak tahu penggunaan bahasa Inggeris bagi masyarakat sekarang.
Kesalahan berbahasa dalam masyarakat sekarang ini tidak lagi disentuh dari sudut penggunaan tatabahasa, gangguan bahasa ibunda dalam bahasa baku dan lain-lain lagi. Adakah bahasa baku kita tidak bagus atau kempen mencintai bahasa yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak berkesan?.
Realiti dalam komunikasi sekarang ini jelas menunjukkan bahawa bukan bahasa yang keracunan dengan sendiri tetapi kita yang merancuni bahasa kita sendiri.

Di mana maruah bahasa Melayu (Sumber : Berita Harian (15/03/2007) )

ISU penggunaan bahasa rojak, Melayu Inggeris, dalam iklan, drama dan filem di negara ini kelihatan semakin memudaratkan seperti yang dapat dilihat di media elektronik sejak akhir-akhir ini, apalagi pada program drama mahupun hiburan.
Judul dan ungkapan yang asalnya bertujuan menarik perhatian penonton terutama generasi muda, seolah-olah menjadi lumrah dan diterima pakai sehingga menjadi wabak yang menggerunkan pejuang bahasa Melayu, tetapi tidak bagi pesalah bahasa.
Bermula dengan `Sure Heboh' kemudian ditukar kepada `Jom Heboh" selepas ditegur, stesen televisyen ini terus mempopularkan penggunaan campuran bahasa Melayu Inggeris melalui beberapa program hiburan, drama dan iklan untuk pelanggannya.
Dalam usaha memenuhi selera remaja dan mendapatkan jumlah penonton tertinggi, slot drama Lestary diperkenalkan tanpa rasa bersalah dengan kesilapan ejaan yang disengajakan dan terkini, Datin Diaries.
Apakah pihak yang terbabit dalam penulisan skrip, pembikinan drama, filem dan iklan serta stesen penyiar hanya menunggu pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diluluskan, baru berlumba-lumba untuk membetulkan kesalahan bahasa?
Tidak terfikirkah stesen penyiar ini, mereka sebenarnya menjadi pelopor dan membudayakan bahasa rojak dan salah laku bahasa sehingga menjadi anutan kelompok yang tidak mempedulikan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah, menyifatkan penggunaan bahasa rojak pada drama, filem serta iklan sebenarnya menggalakkan sifat malas berfikir, selain melemahkan penguasaan bahasa Melayu yang betul di kalangan masyarakat.
"DBP berharap stesen televisyen lebih prihatin terhadap penggunaan bahasa rojak dengan tidak memberikan kebebasan tanpa batas dalam aspek bahasa kepada pengeluar drama dan filem serta penulis skrip," katanya pada Sastera ketika diminta mengulas perkara ini.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia di negara berdaulat, beliau berharap stesen televisyen, penulis skrip, pengarah dan pelakon membantu kerajaan dalam memastikan bahasa rojak tidak berleluasa digunakan dalam media massa.
DBP sedia menganjurkan bengkel dan kursus mengenai penggunaan bahasa Melayu yang betul, atas kesanggupan dan permintaan pihak terbabit dalam industri berkenaan, terutamanya penulis skrip, pengarah dan pelakon.
"Penulis skrip juga boleh merujuk khidmat nasihat bahasa DBP yang bersedia menjawab segala kemusykilan bagi memastikan bahasa Melayu dimartabatkan dalam industri perfileman negara ini," katanya.
Pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, yakin penggunaan bahasa rojak pada judul drama dan filem serta iklan tidak menambah daya tarikan kerana hakikatnya bahasa Melayu mempunyai banyak perkataan lebih berwarna.
Beliau berharap penulis skrip drama, filem dan iklan menggunakan potensi bahasa Melayu bukan saja untuk menghormatinya, bahkan menunjukkan keupayaan bahasa kita pada zaman sekarang.
"Mereka sewajarnya tidak terlalu terikut-ikut dengan perasaan apabila menulis atau meletakkan judul, sebaliknya berfikir secara mendalam terhadap tindakan mereka terlebih dulu," katanya.
Prof Emeritus Nik Safiah menganjurkan agar keindahan bahasa Melayu diperkenal dan didedahkan kepada generasi muda kerana yakin mereka pasti tertarik dengan judul mahupun ungkapan dalam bahasa rasmi negara.
"Agensi pengiklanan pula sewajarnya mengutamakan penulis iklan yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Mereka boleh melantik individu yang boleh memantau penggunaan bahasa kebangsaan," katanya.
Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Awang Sariyan, pula melihat pemilihan kata dan ungkapan pada judul program, skrip drama, filem dan iklan membabitkan aspek budaya dan tamadun bangsa.
"Perlu diingat pemilihan kata dan ungkapan yang sangat berani serta kadangkala mencabar budaya Melayu walaupun hanya bertujuan menarik perhatian penonton sebenarnya boleh mewujudkan tekanan psikologi dalam masyarakat tanpa disedari," katanya.
Prof Awang mencadangkan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta DBP mengadakan program alternatif berbentuk pertemuan, dialog, bengkel dan kursus membabitkan stesen televisyen dan warga industri hiburan.
Beliau kurang setuju dengan pendekatan undang-undang dalam usah membendung bahasa rojak kerana jangka hayatnya tidak akan panjang dan bergantung kepada ketegasan pada penguatkuasaannya.
"Sebenarnya, sekarang saat terbaik untuk media penyiaran turut sama dalam kempen budi bahasa. Tidak wajar mereka hanya mengejar jumlah penonton sehingga melampaui soal budaya dan bahasa," katanya.

Apa ni, masalah betul la.....

Aku dah pergi banyak kali ke bilik penyelia tapi selalu je xde. macam mana nak bincang pasal tesis ni. mati la aku kalau dia fikir aku ni malas jumpa dia sedangkan aku dah pergi. bila la dapat jumpa dengan dia ni. orang lain senang-senang je leh jumpa. no telefon dia pun xde. masalah betul la. nape la aku x terfikir nak ambil no telefon dia masa jumpa awal-awal semester dulu..macam mana ni.....aku dah TERTEKAN..

KOMUNIKASI




Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Ia merupakan salah satu disiplin akademik. Komunikasi dapat didefinisikan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain. Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.
Komunikasi mempunyai 2 tahap iaitu tahap skunder dan primer.
i) Proses Komunikasi secara primer
Komunikasi ini adalah secara terus tanpa menggunakan perantara. Komunikasi ini dilihat lebih infektif berbanding komunikasi skunder. Dalam komunikasi terdapat 2 jenis kata-kata atau ayat yang digunakan iairu denotative dan konotatif.
ii) Proses Komunikasi Secara Sekunder
Komunikasi jenis ini menggunakan perantara sebagai medium dalam proses komunikasi. Dengan perkembangan dunia sekarang, penggunaan komunikasi jenis ini lebih meluas dan penggunaannya semakin mendapat perhatian oleh masyarakat. Contoh komunikasi jenis ini ialah penggunaan telefon dalam komunikasi, surat, radio, tv dll alat-alat teknologi lain yang perperanan dalam menghubungan manusia sesama manusia.

PENCEMARAN BAHASA; ADAKAH IANYA BERLAKU?

Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia merupakan satu petunjuk bahawa bahasa Melayu semakin maju dan sedang mengorak langkah untuk menjadi bahasa yang dikenali di seluruh dunia. Namun perkembangan ini terbantut disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor yang menghalang perkembangan bahasa di Malaysia adalah faktor pencemaran bahasa.
Pencemaran bahasa di Malaysia dapat dilihat dengan ketara. Penggunaan bahasa Melayu dengan cara tidak betul dapat dilihat bukan sahaja dalam komunikasi secara tidak formal, bah kan sekarang dalam komunikasi formal juga terdapat penyalahan dalam penggunaan bahasa. Salah satu kesalahan berbahasa yang sering diperkatakan adalah penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi. Bahasa rojak amat luas penggunaannya. Bahasa rojak bagi pendapat saya bukan sahaja merosakkan dari segi menidakkan kosa kata yang sedia ada dalam bahasa Melayu bahkan berlaku kerosakan dari segi struktur bahasa juga.

Bagi pendapat saya, kemunculan bahasa ini disebabkan berlakunya pertembungan budaya yang begitu meluas. Pertembungan budaya ini sedikit sebanyak akan menyebabkan berlakunya percampuran bahasa dalam komunikasi. Contoh yang boleh diberikan dalam soal ini adalah bahasa inggeris yang sekarang ini menyusup masuk dalam bahasa Melayu. Dengan statusnya sebagai bahasa lingual franca menyebabkan bahasa ini lebih senang di terima dalam masyarakat di Malaysia. Jika diteliti, dalam komunikasi rakyat Malaysia sekarang ini, penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi amat luas. Komunikasi yang berlaku melibatkan percampuran kod antara bahasa Melayu dan Inggeris.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi bahasa Melayu akan memburukkan bahasa Melayu sendiri di mata masyarakat dunia. Penggunaan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak begitu yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sehinggakan terdapatnya kosa kata bahasa Inggeris digunakan dalam komunikasi bahasa Melayu.Jika masyarakat sendiri di Malaysia tidak begitu yakin dengan bahasa sendiri macam mana bahasa ini hendak diterima oleh dunia luar.

TAHAP PENGUASAAN BAHASA MENGIKUT KAJIAN OLEH PARA LINGUIS

UMUR CIRI-CIRI PENGUASAAN BAHASA
3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan (1 tahun) Menggunakan kata tunggal seperti ‘mama’ dan ‘baba’. Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.

18 bulan (11/2 tahun) Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)

24 bulan – 36 bulan Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep ‘banyak dan sedikit’ dalam ayat.


36 bulan – 48 bulan Penggunaan kata-kata yang berunsur negative mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan – 60 bulan Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun-6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.


6 tahun – 7 tahun Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun- 10 tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun-12 tahun Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan

SENYUM SOKMO.......


SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah !


Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.
Lantas .. kenapa kita tidak
muliakan ? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ William Shakespere
mengatakan :
"Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

so SENYUM le selalu dgn ikhlas jgn muke cam seposen.

Tapi awas!!!jgn menyalah gunakan SENYUMan

kekadang akan membinasakan diri sendiri..............

There was an error in this gadget

Search

my TiMe

Islamic Calendar

There was an error in this gadget