ADAKAH BAHASA MELAYU MENGALAMI KERACUNAN ATAU DIRANCUNI??

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.
Dalam usaha memperkukuhkan bahasa Melayu di Malaysia, ada pula bintik-bintik hitam yang mengeruhkan keadaan. Penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul dikalangan masyarakat kian menjadi-jadi. Ianya seolah-olah menjadi kemestian dalam proses komunikasi sekarang ini. Penggunaan bahasa Melayu secara tidak betul bukan sahaja berlaku dalam komunikasi tidak formal namun sekarang ni, dalam komunikasi formal juga telah berlaku.
Bagi pandangan peribadi saya, kemelut ini berlaku disebabkan kehendak masyarakat itu sendiri. Demi menunjukkan standard yang lebih tinggi, masyarakat rela meracuni bahasa sendiri. Dengan penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi, masyarakat melihat iannya sesuatu yang membanggakan. Contohnya penggunaan bahasa Melayu + Inggeris. Masyarakat sekarang gemar menonjolkan penggunaan secara rojak antara bahasa Melayu + Inggeris bagi memperlihatkan tahap pendidikan seseorang. Bagi masyarakat sekarang, sesiapa yang yang tidak tahu berbahasa seperti ini akan dianggap tidak berpendidikan. Mereka yang tidak berpendidikan tinggi sahaja yang tidak tahu penggunaan bahasa Inggeris bagi masyarakat sekarang.
Kesalahan berbahasa dalam masyarakat sekarang ini tidak lagi disentuh dari sudut penggunaan tatabahasa, gangguan bahasa ibunda dalam bahasa baku dan lain-lain lagi. Adakah bahasa baku kita tidak bagus atau kempen mencintai bahasa yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak berkesan?.
Realiti dalam komunikasi sekarang ini jelas menunjukkan bahawa bukan bahasa yang keracunan dengan sendiri tetapi kita yang merancuni bahasa kita sendiri.

0 comments: