TAHAP PENGUASAAN BAHASA MENGIKUT KAJIAN OLEH PARA LINGUIS

UMUR CIRI-CIRI PENGUASAAN BAHASA
3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan (1 tahun) Menggunakan kata tunggal seperti ‘mama’ dan ‘baba’. Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.

18 bulan (11/2 tahun) Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)

24 bulan – 36 bulan Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep ‘banyak dan sedikit’ dalam ayat.


36 bulan – 48 bulan Penggunaan kata-kata yang berunsur negative mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan – 60 bulan Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun-6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.


6 tahun – 7 tahun Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun- 10 tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun-12 tahun Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan

0 comments: